SINOPSIS BAB 7 (malu)
Semenjak kemalangan ngeri yang berlaku ,yang melibatkan ibunya Bujei terus tidak memijakkan kakinya ke tanah pusaka dan sawah pusakanya.Dia tidak mahu mengingatkan kisah yang lama dan dia tidak menganggap lagi tanah emaknya itu adalah tuntutan baginya.Wak Senen selalu memberikan dirinya duit dan Bujei akan terus menyimpannya didalamkendi tembaga yang ditinggalkan oleh arwah neneknya.Bujei takut untuk menggunakan duit yang telah diberikan oleh Wak Senen kerana dia takut di tuduh dan difitnah,lagi-lagi Alias yang pernah merampas duitnya.Semenjak Harun muncul di kampung itu setelah sekian lama menghilang ,Bujei tidak lagi ,menggunakan jalan yang selalu dia gunakan selalu kerana dia takut dia dituduh sebagai pembunuh ibunya.Bujei rindu akan kebebasanya dan jalan-jalan yang telah sekian dia tidak melaluinya,akhirnya dia nekad untuk menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa.Bujei pergi ke ladang Sidang Saman untuk mengambil buah betik dan tiba-tiba Samsul muncul untuk memberitahunya yang Pak Harun mahu berjumpa dengannya.Tanpa berfikir panjang,Bujei terus mengatakan yang dia tidak mahu berjumpa dengan Pak Harun iaitu ayahnya.Dalam pada itu,Samsul terus mengatakan bahawa bukan Pak Harun yang mahu berjumpa dengannya tetapi Adila yang mahu menemuinya.Bujei tertanya-tanya dan malu untuk berhadapan dengan Adila akan dirinya yang kotor dan berbau.Adila berjumpa dengan tujuan untuk mengenali lebih rapat dengan Bujei ,ingin mengetahui lebih dekat tentang diri Bujei dan mengubah persepsi Bujei akan dirinya sendiri atas kajian yang ingin dilakukan itu.Hal ini membuatkan Bujei lebih percaya akan Adila kerana dia terpegun akan kelembutan suara Adila apabila menyebut nama sebenarnya iaitu Mohamad Hafiz,tidak seperti orang kampung yang lain yang selalu menghinanya dan tidak pernah memanggil nama sebenarnya.Kejadian ini membuatkan dirinya mahu selalu berbual-bual dengan Adila.
6 comments:
wahhaha, best la ctew ni~
suke2
bab 8 ader x??? x jumper lar..
naper 2 buat sinopsis sumer bab..
tlg wat bab 8 nyer
hehehehhe...nape x wat jer habiskan smua bab...ley kite wat abis ni,,huhuhu
ni novel komsas sekolah ke?
hai ina! kenal tak sapa ni??
Post a Comment