coupLe Itu HAraM??


BICARA UMMAH: ISU COUPLE.
Cinta yang hakiki itu hanya cinta pada YANG MAHA SEMPURNA.Wo ai ni Allah.
“Dan janganlah kamu mendekati zina. sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.
(Surah Al-Israa’17: ayat: 32).
5  SEBAB  MENGAPA  COUPLE  ITU  HARAM
1.Tidak mempunyai niat yang baik.
-Yakni tidak berniat untuk berkahwin tetapi sekadar hiburan semata-mata.
2.Kegagalan mematuhi syariat agama.
-Dalam couple, wujud perkara yang tidak sepatutnya seperti berdating dan bershopping.
-Kebiasaannya wujud panggilan yang tidak sepatutnya seperti “darling” dan “sayang”.
3.Menjatuhkan maruah peribadi seorang wanita.
-Dalam perhubungan, masyarakat biasanya, tidak akan berbicara mengenai si lelaki yang bercouple itu, tetapi si perempuan.
-Kesan buruk mungkin terlihat apabila perpisahan berlaku.Pendapat negatif akan dilemparkan masyarakat antaranya mungkin si perempuan telah hamil.
4.Membazirkan wang kepada perkara yang tidak wajar.
-Di dalam budaya bercouple, pasangan lelaki biasanya akan menghabiskan wang.Contohnya apabila diajak lunch,dinner dan shopping, pantas saja si lelaki mengeluarkan dompet.
-Terdapat juga keadaan di mana lelaki terpaksa berbelanja wanita.
-Apabila top-up dikira sekali, pembaziran itu amatlah banyak.
“Sesunggunya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”
Al-Israa ayat 27
5.Membuang masa kepada perkara yang tidak sewajarnya.
-Masa yang terhad telah digunakan untuk perkara-perkara yang ditegah Allah.Berdating dan marathon bergayut di telefon dan pelbagai rutin bercouple lain adalah ditegah oleh Islam.
-Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas.  Islam tidak menghalang perbuatan tersebut,  tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu  dipenuhi.  Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut,  maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah.
Firman Tuhan dalam surah Al-‘Ashr,
“Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.Melainkan yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran”.
PANDUAN DARI AL-FURQAN &  AS-SUNNAH
Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu
Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian

“Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka meletakkan penudung pada dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..”
al-Nur, ayat 31
Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.”
Hadis Riwayat al-Bukhari
Tidak boleh bersentuhan (Hadis)
Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya”.
Hadis Riwayat Thabrani
Cinta itu fitrah manusia. Tapi adalah lebih baik kita mencintai pencipta manusia daripada mencintai hamba-hambaNYA yang hina.Semoga kita semua dilimpahkan hidayah agar Islam dapat ditegakkan.Amin..
##~fROm M@ Muslim brothers blog~:http://loveofislam.wordpress.com/2010/06/11/34/

4 comments:

azira sasha said...

entri yg menarik...i like

azira sasha said...

entri yg menarik...i like

azira sasha said...

i like...entri menarik

azira sasha said...

i like....entri menarik

TiCKetS Of M@ BLoGgEr..^_@

Daisypath Friendship tickers
Copyright 2009 I'm 94". All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy