~بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ~(Bismillahirahmanirahim...) ^______^
ASSALAMUALAIKUM~
Ini Sejarah Kita...
Fahamkah anda akan graf di tersebut? Graf tersebut (kalau x jelas sile click gmbr diatas k)
adalah berkenaan dengan tempoh masa dari penyebaran Islam di Tanah Arab
sehinggalah pada masa kini. Cuba anda lihat, di manakah tahap kita
berada sekarang? Di manakah zaman yang sedang kita berbahagia berada? Ya
Allah… terlalu sukar untuk kita bayangkan. Adakah zaman kita sekarang
setaraf dengan zaman Jahiliyah dahulu kala? Wallahualam. Kepada mereka
yang belum memahami setiap butiran yang berada pada graf tersebut
bolehlah membaca sedikit penerangan di bawah ini.
Sebelum
kedatangan Islam di Tanah Arab, era ini dinamakan sebagai zaman gelap
masyarakat Arab. Masyarakat ini asalnya mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail a.s. tetapi telah terpesong kepada penyembahan berhala dan
nenek moyang. Mereka mempunyai semangat assobiyah yang sangat tinggi dan
ketika ini sangat berleluasa berlakunya perlakuan zina, judi,
pembunuhan anak perempuan dan juga penindasan terhadapan golongan miskin
dan anak yatim.
Selepas penurunan wahyu pertama, era ini
kemudian dinamakan sebagai era Mekah. Era ini berlansung selama 13 tahun
(610 – 623M). Selama berlangsungnya era ini, Rasulullah s.a.w. beserta
para sahabat terbabit dalam pendakwahan di mana ianya bermula dengan
mereka yang terdekat dan dipercayai serta seterusnya kepada seruan
terbuka. Dakwah Islamiyyah ini tetap diteruskan walaupun mengharungi
pelbagai mehnah dan tribulasi seperti penentangan oleh kaum Quraisy dan
juga Bani Tha’if. Selama 13 tahun baginda s.a.w. melakukan dakwah, hanya
300 orang sahaja yang menerima Islam (anggaran).
Dengan perintah
Allah, Rasulullah s.aw. berhijrah ke Madinah. Kaum muslimin terpaksa
meninggalkan kampung halaman, harta dan ladang-ladang mereka. Negara
Islam Madinah telah dibina dengan mengangkat Rasulullah s.a.w. sebagai
pemimpin. Era ini berlangsung selama 10 tahun (623 – 633M). Dengan
adanya kuasa, pelbagai syariat telah diturunkan dan dilaksanakan dalam
sistem negara. Manusia dapat melihat Islam daripada sudut aqidah,
sosial, ekonomi dan perundangan. Dalam suasana ini, Allah s.w.t. telah
mensyariatkan pelbagai hukum kepada ummat Islam. Setelah 10 tahun di
Madinah, seramai 124 000 orang (atau 144 000 orang) telah menerima Islam
(dianggar berdasarkan Haji Wada’ pada tahun 10 Hijrah).
Era
Khulafa’ Ar- Rashidin bermula pada 633 sehingga 661 masihi sejurus
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ianya bermula dengan pemerintahan
Abu Bakar As-Siddiq, diikuti Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan dan Ali
Abi Talib. Sepanjang era Khulafa’ Ar-Rashidin, berlaku pengukuhan dan
perluasan Daulah Islamiyyah.
Era umayyah pula bermula pada 661
hingga 750 masihi. Khalifah pertama adalah Muawwiyah bin Abi Sufyan
menandakan di mana bermulanya era pemerintahan berbentuk dinasti.
Kerajaan Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Syam dan antara tokoh
pemerintah yang terkenal dalam era ini adalah Umar bin Abdul Aziz. Dalam
era ini, berlaku perluasan kuasa Islam secara besar-besaran.
Era
Abasiyyah pula bermula pada 750 hingga 1265 masihi. Dibahagikan kepada 2
zaman iaitu Zaman Keemasan dan Zaman Kejatuhan. Kerajaan Abassiyyah
diasaskan oleh Abu Al-Abbas Abdulllah dan berpusat di Kota Baghdad
(Iraq). Zaman keemasan kerajaan Abassiyyah berlangsung ketika
pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang menandatangani perjanjian
dengan Empayar Tang China dan Khalifah Al-Makmun yang terkenal dengan
perkembangan ilmu dan teknologi. Ketika era ini, pelbagai tokoh Islam
yang dikagumi seperti Ibn Battutah dan Ibnu Nadhir yang terlibat secara
tidak langsung dalam Baitul Hikmah, tokoh-tokoh ilmu fiqh seperti Imam
Syafie dan Imam Malik serta tokoh-tokoh ilmu hadis seperti Imam Bukhari
dan Imam Muslim. Tatkala Kerajaan Abbasiyyah berada di kemuncak
kegemilangan, serangan monggol berlaku pada 656 Hijrah (1258 M).
Dengan
kejatuhan era Abasiyyah, Kerajaan Turki Uthmaniyah mulai naik. Kerajaan
ini diasaskan oleh ‘Uthman Gazi. Kerajaan ini bermula pada 1265 hingga
1924 M dan pernah menguasai sehingga Austria, Hungary, Romania,
Bulgaria, Czech, Yugoslavia dan Albania. Antara pemerintah yang terkenal
adalah Sultan Muhammad II Al-Fateh di mana beliau berjaya membuka Kota
Constantinople pada 857 H (1453 M). Beliau juga menguasai Selatan Greek,
Albania dan Ukraine. Beliau mengarahkan misi ke Rom dan tentera Islam
berjaya menawan Otranto. Tetapi misi ini terbantut dengan kematiannya
pada 886 H (1481 M).
Era kejatuhan khalifah berlaku sejurus
Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan Perang Dunia I. Sultan
Abdul Hamid II17 (1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki
‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah.
Kejatuhan ini dibantu oleh kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang
jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan
yang hebat. Selepas itu, Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang
menaungi umat Islam secara global dan segala usaha untuk menghidupkan
kembali pemerintahan khilafah belum mendatangkan hasil.
Amat
malang sekali, kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam
secara umum. Kenapa ini boleh berlaku? Tanah umat Islam di timur tengah
dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan
mengikut geografi. dan mengikut kawasan seperti Palestin, Mesir,
Algeria, Maghribi, Tunisia, Syria dan negara-negara Islam yang lain.
Dengan wujudnya wilayah-wilayah yang berasingan ini menjadikan setiap
negara hanya mempertahankan negara sendiri sahaja tanpa mempedulikan
negara Islam lain yang diserang. Tidak hairanlah ketika Palestin
diserang, apakah yang dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain?
WallahualAm~
#juSt 4 INfoRmatIon... :D
&rEnuNGan BErSAme..~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment