Sinopsis SUTERA DALAM LUKISAN(noVEl Fom 5) BAb2 /Bab 20
Posted in
Labels:
sinopsis NOVEL
Saturday, December 18, 2010
SINOPSIS BAB 2 (Inilah dunia ciptaanya)
Sidang Saman memanggil Bujei yang sedang melakukan perlakuan pelik itu,Bujei yang dalam keadaan cemas itu terus memalingkan mukanya kearah jambatan.Sidang Saman memarahi dan melontarkan pertanyaan kepada Bujei kenapa dia melakukan perbuatan yang sia-sia itu,lalu Bujei menyatakan Alias yang menyuruhnya berbuat begitu dan apabila terdengar bunyi azan maghrib Sidang Saman meneruskan perjalanannya sambil menyuruh Bujei pulang ke rumah.Bujei kesal atas perlakuannya.Alias merupakan orang yang paling ditakutinya di kampung itu kerana apa jua yang disuruh oleh Alias,Bujei tidak pernah membantah.Kalau dibantahnya Alias pasti memukulnya.Bujei bergerak untuk ke tebing dan tiba-tiba Bujei membenamkan dirinya semula ke dalam sungai dek kerana bunyi enjin motor yang didengarinya .Bujei pantas pergi ke tebing kerana takut kalau-kalau selepas ini Alias yang muncul.Dengan bajunya yang basah dia terus menuju pulang ke rumah neneknya.Dalam perjalanan ke rumah dia terus memikirkan makanan apa yang harus dia makan untuk mengisi perutnya yang lapar.Dia sanggup makan apa sahaja ,janji perutnya diisi.Bujei jarang makan nasi kalau tidak daripada pemberian orang atau rumah orang kenduri dan selalunya dia akan menolong untuk melakukan sebarang kerja kerana apabila dia pulang dia akan dibekalkan dengan makanan lebihan.Bujei mengendalikan rumah neneknya itu dengan baik dan bersih sekali .Segala perabot dan peralatan eletrik yang berada didalam rumah neneknya itu telah terletak rapi ditempat yang bersesuaian mengikut apa yang pernah dia lihat dan ingin juga dia di puji atas daya mengemaskan rumah.Dia akan bersendirian dirumah dengan menonton dan mendengar televisyen dan radio yang sudah tidak lagi berfungsi kerana itulah alam kegembiraannya.Keadaan rumahnya agak gelap dan walaupun Bujei sudah biasa dengan keadaan tersebut tetapi dia masih tercari-cari pelita minyak tanah dan mengingatkan kembali dimana dia meletakkan benda tersebutkerana selalunya dia meletakkannya ditepi dinding sambil menyumpah pada kegelapan.Selepas rumahnya diterangi dengan pelita minyak tanah dia terus membuka pakaiannya dan mengantungkan pakaiannya ke tali ampaian.Dia menampar-nampar badannya yang terdedah kepada nyamuk.Dia ke dapur untuk mengelakkan dirinya dari terus menjadi sasaran nyamuk.Dia senyum apabila memandang pisang berangan kerana itulah yang menjadi santapan makan malamnya yang tergantung,banyak yang masak.Dia terus memakan setandan pisang yang sudah separuh habis itu ke ruang rumah untuk dimakannya sambil menonton televisyen.Sesekali dia ketawa seorang diri pada televisyen yang tidak menunjukkan sebarang gambar.Bujei melelapkan matanya walaupun belum tiba waktu malam dan meninggalkan longgokan pisang yang telah dimakannya berhampiran dengan pelita.Dia terus pergi ke kelambunya yang seperti khemah tentera yang berceloreng.Setelah menjatuhkan badannya dan berangan-angan dia bangun semula untuk mematikan televisyen yang telah dibukanya tadi,barulah dia kembali ke kelambunya itu dan meneruskan kebiasaannya berangan-angan.Daripada satu perkara ke satu perkara yang menjadi mainan fikirannya ,kekadang hal yang sama menjadi lamunannya.Bujei ingin berkahwin dengan Same’ah anak Sidang Saman.Sa’meah baik dan bertimbang rasa kepadanya kerana anggapan Same’ah tidak seperti orang kampung yang lain.Cinta Bujei kepada Same’ah tidak terucap lagi dan dia memikirkan yang Same’ah juga mempunyai pemikiran yang sama sepertinya cuma malu untuk menyatakan perasaannya.Dia bahagia apabila berfikir begitu walaupun dia sudah mengetahui yang Same’ah sudah bertunang dan akan berkahwin tidak sampai dua bulan lagi.Baginya Same’ah tetap kekasihnya walaupun Same’ah akan menjadi isteri kepada seorang pegawai di kota besar.Dia terus memikirkannya sehingga dia tertidur dalam lamunannya kerana itulah kebahagian yang dia sahaja mengerti.
Bujei tersedar apabila bilal melaungkan azan dari masjid.Itulah kebiasaanya seperti ada tugas penting yang menunggunya pada hari itu,dia bingkas bangun dan segera mandi.Same’ah lah yang bertanggungjawab atas segala sikapnya iaitu mandi setiap hari,membersihkan badan dan menggosok gigi merupakan anjuran Same’ah yang tidak pernah djlupakan.Malah dia tidak pernah bantah atas segala yang Same’ah suruh.Selalunya dia akan pergi ke jambatan untuk menunggu sesiapa yang akan menoreh getah pada hari itu kalau-kalau orang akan mempelawanya untuk menolong di kebun.Yang penting baginya dia akan mendapat upah selepas itu,dia faham akan nilai wang tetapi dia tidak pernah mempersoalkan tentang itu atau pergi ke masjid utuk solat berjemaah.Setelah segak mengenakan pakaiannya dia berhadapan dengan cermin muka yang sompek dan berkarat sambil menyisir rambutnya dengan berhati-hati dengan sikat yang berdaki tebal.Setelah selesai dia mengusutkan kembali rambutnya sudah kemas itu kerana dia terlupa untuk meletakkan minyak rambut.Rambutnya itu dikenakan dengan minyak rambut yang ada dengan penuh keyakinan walaupun di dalam bekas minyak rambut itu tidak ada secolek pun yang ada.Agak lama dia berada di hadapan cermin sehingga dia tersenyum puas atas gayanya itu.Selepas siap semuanya dia terus menuju di jalan persimpangan jambatan .Setiba sahaja dia di situ,Alam masih sunyi dan gelap .Dia menunggu disitu dengan penuh pengharapan tetapi akhirnya dia terlelap di pangkal pokok setelah lama menunggu dan beberapa kali menguap.Bujei terjaga setelah mendengar keriuhan kanak-kanak memanggilnya.Bujei bertanya kepada Kassim adakah dia ingin pergi ke sekolah dan meminta sedikit air kopi kerana dia belum minum lagi dan meminta sedikit kuih daripada Sulaiman.Setelah itu beliau disuruhnya oleh Kassim untuk membawa beg mereka dan perlakuan Bujei membuatkan mereka ketawa.Mereka berbual-bual hingga ke pintu pagar sekolah dan Bujei memberikan beg mereka sambil meminta lagi sedikit makanan lalu Husin memberikan sedikit mi kepada Bujei.Setelah itu Bujei terus menuju ke Kedai Pak Sulong untuk mengisikan perutnya itu.Dia berjalan menuju ke kedai Pak Sulong dan mengharapkan agar ada orang yang akan melawanya untuk makan bersama.Dia sudah tidak tahan memandang kuih dan air kerana makanan dan minuman yang diminta oleh budak-budak tadi belum dapat memuaskannya lagi.Dia tidak mahu meminta-minta kerana dia mempunyai harga diri.Dia tidak dapat menahan lagi akan perutnya yang sudah meminta untuk diisi dan dia tidak akan menolak sesiapa yang melawanya untuk minum.Dia masih mengharap sambil menuju kembali ke kedai Pak Sulong dan terus ke kedai kaki lima dan berpatah balik ke kedai Pak Sulong dengan harapan orang melawanya untuk minum kerana Teh Tarik Pak Sulong menjadi idamannya,tetapi apakan daya dia tidak mempunyai satu sen pun di dalam sakunya.Di satu penghujung kedai Bujei berhenti disitu dan tidak henti-henti Bujei menyumpah-nyumpah kepada orang yang tidak mempelawanya .Bujei mulai menyanyi seorang diri dengan keadaan yang lapar.Lagu yang asalnya riang menjadi pilu meratap.Mulanya dia berdiri dan akhirnya dia melurut ke bawah dan terduduk di simen yang kotor.Dia duduk bersandar dan sambil menyanyi ,entah apa-apa lagu dan bunyinya sambil melipat-lipat plastic keropok jajan.Dalam masa-masa inilah dia mula terkenang akan nasibnya dan barunya sedar erti kematian,yang pergi tidak akan datang kembali.Hanya kerana sekeping kuih dan secawan air kopi,dia merasakan dia benar-benar disisihkan.Dia mula memandang negative pada orang kampung,dia mula menangis apabila mengenangkan nasibnya itu.Tetapi dia akan melupakan segala kesedihannya itu apabila dia dapat apa-apa yang dia idamkan.Bujei mulai menerkupkan mukanya keatas lututnya dan terus tertidur.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kemana nya bab 6
Post a Comment