Tuesday, December 21, 2010
SINOPSIS BAB 4 (siapa yang mengerti hatinya)
Alias dan kawan-kawannya sedang berbual dianjung dan kebetulan pula Bujei melintas dihadapan rumahnya lalu mempergunakan Bujei untuk membasuh motornya.Kalau Bujei membantah atas arahan Alias ,maka Bujei akan dipukul dan dimarahi. Ramai yang telah menasihati Bujei agar tidak melakukan arahan yang diberikan Alias.Bujei tidak pernah serik akan penganiayaan Alias kepadanya dan apa-apa yang diharapkannya daripada Alias akan hampa begitu sahaja jikalau Alias marah.Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya sendiri.Bujei memanggil Mak Som di dapur untuk meminta sabun dan baldi supaya dapat membasuh motor Alias .Semasa menunggu Mak Som mengambil sabun dan baldi,Bujei bersiul-siul dan tiba-tiba Opah Arah muncul dengan perasaan benci bercampur marahkerana orang tua tidak suka akan orang bersiul tetapi dia tidak pula memarahi Alias yang selalu bersiul itu dan dengan menanyakan apa yang dikehendaki oleh Bujei.Bujei merasakan Opah Arah menyimpan dendam pada dirinya dan Bujei senyap-senyap turut juga menyimpan dendam kepada Opah Arah.Bujei membasuh motosikal besar Alias yang bergelumang dengan lumpur merah tanpa mengingatkan segala perbuatan yang dilakukan Alias kepada dirinya.Bujei membasuh motosikal Alias dengan penuh berhati-hati agar tidak dimarahi dengan Alias.Ketiks dia membasuh motosikal Alias dia merasakan sesuatu yang cantik dan menyeronokkan dan lupa akan tugasan asalnya dek kerana hujung salur yang dipegangnya tegak ke atas membentuk seperti payung yang telah melekakan dirinya.Dia ketawa akan aksi yang dilakukan itu dan tiba-tiba dia telah dimarahi dan ditengking oleh Alias atas perbuatan yang dilakukannya itu,lalu Bujei tersedar dan terus memandang kearah rumah kerana takut akan sepasang mata iaitu Opah Arah.Dia lebih takut akan Opah Arah .Dia menyambung kerja semula dan sesekali dia memerhati kalau-kalau Opah Arah masih memandang dirinya.Kedatangan Adila ke kampung sejak dua bulan lalu telah menjadi bahan bualan kepada Alias dan kawan-kawannya dan jarang juga mereka membualkan topik lain selain daripada mengatakan hal Adilah.Sahak merupakan kawan baik Alias dan Sani pula tidak serapat Sahak kerana dia bekerja di kilang dan jadual tugasnya yang tidak menentu.Mereka berbual-bual dengan menjadikan Adila sebagai topik sambil berkata-kata dengan keadaan yang bermegah dan puji-memuji yang telah menjadi kebiasaan mereka.Bujei yang telah menghabiskan kerjanya pergi menuju ke Alias untuk meminta upah.Tetapi Alias menghalaunya pergi dan lupa akan janjinya untuk memberikan upah.Dengan penuh harapan Bujei memberanikan diri untuk menuntut janji Alias walaupun dia ditolak dia tetap ingin menuntut janji itu ditunaikan tanpa beralah.Bujei menanti dan tegak berdiri di depan Alias ,Alias menurunkan tangannya kemuka Bujei tetapi dibantah oleh Mak Som .Mak Som memarahi Alias dan menyuruh Alias menunaikan janjinya kepada Bujei tetapi Alias hanya memberikan alasan dan membuat acahan dengan mengangkat tangannya untuk menampar Bujei dan sekali dibantah oleh Mak Som.Mak Som memanggil Bujei ke dapur.Mak Som menasihati Bujei agar jangan diikuti lagi arahan Alias dengan nada yang marah .Dia dijemput oleh Mak Som untuk minum kerana Bujei belum lagi bersarapan .Belum lagi dijemput oleh Mak Som untuk duduk dia telah bersedia duduk dimeja makan.Mak Som menasihatinya lagi agar jangan diikutinya lagi akan arahan Alias ,Opah Arah muncul dimeja makan dan membuatkan Bujei gelisah dan takut untuk menghadap sarapan dimeja.Sebelum pergi,Bujei diberikan seringgit oleh Mak Som sambil menasihatkan benda yang sama kepada Bujei tetapi dia tahu Bujei tidak akan menolak jikalau diberikan upah.Mak Som tahu akan kejahatan anaknya itu,itupun kerana pengaruh mentuanya yang terlalu memanjakan Alias.Dia kekadang tewas akan itu.Dia manusia dan fizikalnya tidak ada sesuatu pun yang berbeza.Selalu dia diejek dan dipersendakan oleh penduduk kampung.Dia juga ada hati dan perasaan yang dapat membezakan sama ada ejekan atau tidak.Tetapi peliknya dia seperti merelakan atas segala perbuatan yang boleh membuatkan dirinya sedih,kecewa dan marah.Ramai yang telah menasihtinya agar menjauhi Alias,bukan dirinya tidak tahu akan kelakuan jahat Alias itu.Namun dia terus merelakan segala yang berlaku padanya tanpa merasa marah.Selalu juga dia menerima tendangan dan tamparan Alias,tetapi Bujei tidak pernah serik akan semua yang terjadi pada dirinya.
2 comments:
wei,ko da siap kan ke semua sinopss tu?
panjang giler lu tulis
Post a Comment