Sinopsis SUTERA DALAM LUKISAN(noVEl Fom 5) BAb 5 /Bab 20


SINOPSIS  BAB  5 (Rajuk yang tak terpujuk)

Same’ah menyatakan kepada Adila agar jangan risau akan hal Bujei dan tiba-tiba Adila menyatakan yang dia ingin menemu ramah Bujei tanpa merasakan yang dia telah berkata aneh sebelum itu dengan nada yang selamba sambil membentuk bekas bunga telur di serambi.Kedua-dua adik Same’ah bersekolah sementara Sidang Saman masih belum balik dari menoreh.Same’ah berpendapat perbuatan Adila adalah perbuatan yang misteri yang dibawa oleh Adila setelah kepulangan misteri dia ke kampung tetapi Adila serius akan perbuatan yang dia ingin lakukan dan menyatakan kepada Same’ah bahawa apa yang dipelajari ialah ilmu tidak perlu ditunggu malah ilmu perlu diterokai kerana masih banyak ilmu yang tersembunyi.Dalam Al-quran pun,Allah telah berfirman bahawasanya ilmu yang telah diberikan kepada manusia hanyalah sekelumit sahaja.Same’ah yang hanya bersekolah hingga ke tingkatan enam amat yakin dengan pendapat Adila itu tetapi disebabkan budaya kampung Same’ah tidak dapat menerima yang Bujei boleh dijadikan bahan kajian.Tiba-tiba adalah mengeluarkan hasil buah fikirannya dan menyatakan Bujei boleh di pulihkan,ketika itu Same’ah terkejut akan kata-kata Adila kerana tidak pernah pula dia dan orang kampung berfikir sampai kesitu.Didalam kampungnya itu tidak ada seorang pun yang akan berharap Bujei akan dapat dipulihkan.Same’ah ingin sekali dia bertanya kepada Adila akan misterinya pulang ke kampung ,mereka tidak membenci kepulangannya itu malah menyukainya lagi akan tetapi orang yang telah habis pengajiannya mesti akan cepat-cepat mencari kerja.Malah Adila pulang ke kampung untuk berbulan-bulan lamanya tanpa sebarang sebab.Itulah yang belum diketahuinya dan masih belum ditanya.Tiba-tiba Adila mengejutkan Same’ah dari lamunan dan menyatakan apakah yang telah difikirkannya.Lalu Same’ah bertanya kepada Adila akan persoalan yang masih belum terjawab itu dan Adila menyatakan rahsia sebab dia pulang ke kampung tetapi tiba-tiba dalam Same’ah menunggu akan jawapan dari Adila ,Sidang Saman pulang dari menoreh  dan menyatakan kepada Mak Lamah yang Harun telah pulang ke kampung.Harun ialah bapa tiri Bujei yang sekian lama menghilang.Mak Usu Bakyah telah lama menunggu kedatangan anak saudaranya itu datang bertandang tidur di rumahnya.Mak Usu Bakyah ialah adik bongsu Sidang Saman,mereka senang akan Mak Usu Bakyah yang umurnya lebih sedikit tiga puluh lima tahun.Keramahan mereka telah membuatkan mereka bercerita tentang kisah lama mereka.Pada waktu itulah Adila mula menceritakan rahsia alasannya pulang ke kampung.Adila pulang ke kampung kerana dia sedang melarikan dirinya dari seseorang yang telah membuatkannya kecewa.Faizal ialah di tahun akhir pengajiannya di England.Mereka telah berjanji antara satu sama lain.Tetapi sedih apabila pulang  ke tanah air,Faizal hanya ingin memberitahu yang dia sudah beristeri.Sekarang Faizal ingin memujuk Adila kembali tetapi Adila tegas akan pendiriannya untuk tidak menerimanya kembali.Mak Usu Bakyah menyatakan yang bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor dan bertanyakan Adila tentang pekerjaan.Mak Usu Bakyah menyatakan dengan penuh yakin yang Bujei adalah lelaki yang jujur dan lurus dan serta merta Adila menanyakan apakah kaitan dengan Bujei.Mak Usu Bakyah menerangkan jikalau sebut tentang kejujuran Bujei mempunyai segala-galanya dan Same’ah hanya mempersoalkan tentang itu.Adila mula terus ingin bertanya tentang Bujei kepada Mak Usu Bakyah dan Same’ah membantah.Lalu Mak Usu Bakyah menceritakan keistimewaan Bujei dengan bermadah dan bersungguh-sungguh.Mereka hanya terpegun akan kelainan ibu saudaranya  dan  Adilah hanya menyatakan apa yang telah ibu saudaranya katakan itu ada kebenarannya.










0 comments:

TiCKetS Of M@ BLoGgEr..^_@

Daisypath Friendship tickers
Copyright 2009 I'm 94". All rights reserved.
Free WPThemes presented by Leather luggage, Las Vegas Travel coded by EZwpthemes.
Bloggerized by Miss Dothy